Friday, December 25, 2009

Mari rakan-rakan kita mancing !

Aktiviti waktu petang di endau rompin kami team
pancing mencuba nasib dengan teknik 'casting'
untuk mencari siakap. Masing-masing membawa
gewang 'rapala' yang pelbagai jenis rupa dan bentuk.

Ape yang penting! kerja...sama....

Wednesday, December 9, 2009

Monday, November 30, 2009


Toman 6kg di Tmn Negeri Endau, Umpan gewang skitter pop.
Kepada geng yg nak tengok gambar2 lain. klik jer disini.

Wednesday, November 25, 2009

Sejarah Taman Negeri Endau


Peringatan Ulang Tahun 1901 - 2001

Sunday, November 15, 2009

Taman Negeri Rompin

Syukur akhirnya trip ke tmn ngri rompin berjaya juga setelah lama dalam rancangan kami. walaupun target ingin mencari kelah dan sebarau merosot disebabkan banyak halangan dan dugaan yang ditempoh pada hari kejadian. sampai sahaja kami di hutan tmn ngri itu, kami disambut oleh sekempulan pacat-pacat liar yang kehausan darah org bandar. fuh! dia punya banyak tu beribu-ribu lemon. yang mana jungle tracking guna selipar tu, nasiblah. memang dia lah yang paling banyak dapat pacat tu. pacat satu hal lah, yang paling menggerunkan kami semua kene menyeberang sungai. arus sungai kat situ punya lah deras.......kalu dungong ada kat situ dah lama mati lemas. misi mencari sebarau tidak berjaya, tetapi salah seorang sahabat kami telah berjaya menaikan bapak toman. boleh lah tahan.......Dia punya senyum sampai ke teliga dah.hehehehe.....

Wednesday, October 7, 2009

Negeri Pahang Lagi....


Salam Aidilfitri kepada semua geng kaki pancing di seluruh Malaysia.

Bulan oktober tahun ni kita orang dah cadang nak gi memancing di endau rompin pahang. Trip pada kali ini adalah cadangan dari member redkail 'mel' yang asalnya memang dari pahang dan bukan dari planet asing. Dia nak membawa kita memancing di taman negeri pahang endau rompin. Spesis-spesis seperti ikan sungai dan jeram terdapat banyak disana, mengikut kata 'mel' tak perlu pakai umpan. Hanya menggunakan set rapala ringan sahaja. Jadinya.....kepada yang mengikuti trip ini, cepat-cepat lah beli set rapala tu banyak sikit. Kalu boleh cari rapala selaman dalam @ cetek yang pelbagai warna.

ok.... itu sahaja untuk kali ini. Semoga trip kali ini berjaya. Nantikan hasil tangkapan kami di blog redkail. bye bye.......

Sunday, May 3, 2009

BATAL TRIP JIKA HALANGAN BERTUBI-TUBI

KEPADA kaki pancing warga muda yang mempunyai darah panas, mereka boleh dikatakan jarang-jarang mengamalkan petua masyarakat tempatan terutama membabitkan soal keselamatan.KEPADA kaki pancing warga muda yang mempunyai darah panas, mereka boleh dikatakan jarang-jarang mengamalkan petua masyarakat tempatan terutama membabitkan soal keselamatan.
Justeru, kali ini Petua saya masih berkisar kepada beberapa langkah yang perlu difikirkan sesuai sebelum keluar dari rumah untuk mencari rezeki di tengah laut atau hutan belantara, tasik mahupun di hulu sungai sebagai tempat mencari rezeki Allah.
Langkah pertama yang menjadi tanggungjawab pemancing sebelum meninggalkan rumah untuk memancing selama beberapa hari ialah menentukan keperluan barangan di dapur seperti beras, gula, susu anak dan keperluan harian mesti mencukupi.

Dengan cara demikian, Insya-Allah, Dia akan memberi rezeki yang dicari dengan berlipat-ganda. Tetapi jika anda meninggalkan rumah dalam keadaan serba-serbi barang dapur kekurangan sehingga menyusahkan keluarga yang ditinggalkan; atau paling tepat dalam keadaan menyusahkan keluarga atau jika beras tidak ada ataupun barang keperluan dapur kekurangan tentunya keadaan itu akan menyukarkan keluarga sendiri.
Justeru, langkah paling baik ialah anda perlu membereskan tanggungjawab ini sebelum melangkah keluar dari rumah.
Perkara lain yang perlu diambil kira sebelum keluar rumah ialah mengenai kesihatan keluarga. Jika ada anak yang sakit atau isteri kurang sihat mahupun ada jiran berada dalam keadaan tenat atau kematian maka kita harus membatalkan hasrat untuk keluar memancing atau menangguhkan kepada waktu lain supaya supaya pemergian kita akan dirahmati Allah.
Sebaliknya, ada sebahagian kaki pancing warga muda (tidak semua) tidak menitik beratkan petua ini kerana darah muda untuk turun memancing sudah terikat kukuh dalam diri mereka.
Kita tidak mahu sesal kemudian yang sudah pasti tidak berguna. Tentunya pemancing tidak mahu kehilangan orang dikasihi. Walaupun dengan membawa pulang dua tong besar ikan kelas A , tetapi jika berlaku peristiwa tidak diingini maka itu tidak akan memberi sebarang makna.
Perkara begini bukan saja satu petua yang patut dijadikan amalan tetapi kasih sayang kekeluargaan perlu diutamakan. Pada masa sama, semangat kejiranan perlu dipupuk setiap masa. Memancing adalah satu hobi atau satu kegemaran yang boleh ditangguhkan atau anda boleh terus membatalkan pemergian kerana ribut dan gelombang besar. Anggaplah perkara yang saya sebutkan di atas sebagai ‘ribut dan gelombang besar’ yang menghalang kita daripada turun memancing.

Esok masih ada. Ribut dan gelombang akan pergi tetapi ikan tetap ada menanti.

Friday, March 13, 2009

Lesen

JANGAN LEPAS TANGKAPAN PERTAMA

ADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.
Petua kali ini memfokuskan kepada pemancing di laut. Justeru, ingatlah apabila kita mendapat ikan pertama sebaik saja mulakan aktiviti memancing maka itu adalah rezeki dari Allah dan tidak harus dibuang semula ke laut jika ikan itu sangat kecil atau spesies ikan yang tidak berguna.
Pendapat dan pandangan beberapa orang nelayan veteran yang ditemui mengakui bahawa rezeki pertama itu jika dibuang semula ke laut atau tasik mahu pun sungai ertinya kita tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah sedangkan kita mencari rezeki lumayan buat keluarga.
Pernah berlaku nelayan pulang dengan tangan kosong kerana dikatakan membuang ikan pertama yang tersangat kecil yang dinaikkan dan selepas itu beliau tidak dapat seekor ikan pun hingga pulang.
“Bagaimanapun ini tidak harus diletakkan sepenuh kepercayaan, kerana rezeki datangnya dari Allah. Justeru, Allah yang menentukan sama ada kita bernasib baik atau sebaliknya selepas memperoleh tangkapan pertama itu.
“Cuma logiknya rezeki yang diberi itu kita kena mensyukuri dan tidak membuangnya semula,” kata Tok Ayub seorang nelayan veteran dari Kesang Laut, Melaka.
Pernah berlaku peristiwa begini kepada seorang pemancing laut di perairan Pulau Jarak yang mendakwa beliau tidak memperoleh seekor ikan pun sepanjang ekspedisi tiga hari dua malam kerana membuang anak ikan kerapu pada tangkapan pertama.
Namun beliau tidak langsung mengaitkan bahawa perkara itu menyebabkan beliau tidak bernasib baik. Cuma ada kemungkinan hari itu bukan harinya.
Apa pun bagi Pak Nuri, rezeki yang datang dari Allah adalah pasti dan sebaliknya cuma terpanggil mengisi logik dan kebenaran yang nyata bahawa sebarang rezeki yang diberi Allah sama ada baik atau tidak kita kena menerimanya dengan ikhlas.
Bagi Pak Nuri, langkah terbaik dan mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah walau sekecil mana sekali pun kita kena menerima dengan ikhlas dan tidak membuangnya semula ke laut bagi pemancing yang memancing di laut malah adalah baik sebarang tangkapan pertama itu diambil sebagai rezeki berkat dari Allah.

Teknik Memasang Umpan


TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan.
Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira
supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.


Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing
pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika
memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik.
Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan
air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa
ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

Monday, February 23, 2009

Rumah Api Sabak

trip yang kurang berjaya pada 22/02/09 (ahad)
memancing lebih kurang 30 minit sahaja. Disebabkan cuaca yang kurang baik.

Friday, February 13, 2009

Rumah Api Port Klang

Ikan Talang yang kurang bernasib baik di lautan.
Akhir ke darat jugak lah ko nasib ko ler.......



nak pancing ikan besar susah sangat, aku layan apollo kat tepi-tepi jeti sampai penuh
satu tong biru. puas hati aku. tapi yang malang nyer, lepas kita orang balik dari
umah api, satu beg mesin pancing blh tertinggal. wassalap lah.....

Thursday, February 12, 2009