Saturday, February 4, 2012

Monday, January 30, 2012

Lagi... Kuala Perlis Trip 2012

Pada 7 Jan 2012, trip ke Kuala Perlis menjadi lagi. Macam biasa lah kami memancing di persisiran Pulau Langkawi dan hasil yg kami selalu dapat ialah ikan KERAPU. Mmg banyak ikan kerapu disini, tetapi kerapu yg bersaiz XXXL belum pernah kami dapat. "Takda rezeki la tu..."

Haa..... seronok nampak bila dapat kerapu. Ini nama dia Amat, pertama kali turun memancing dilaut menaiki bot. Mula-mula risau jugak dia ni, takut mabuk..... nnt ada yg jadi sotong atas bot. Kui kui kui.....


Lagi..... kerapu naik lagi. Trip sebelum nie mimpi ngeri bagi dia, mana tidak nya... pergi duduk dekat injin bot, bau minyak bot yg menyelerakan tu dah membuatkan semua isi perut dia terkeluar. Orang lain memancing, dia je bagi ikan makan hehehehe..... Tapi trip 2012 nie dia berjaya lah. Tak mabuk skit pun, CERGAS memanjang. Asal nak mabuk jer... dapat naik kerapu, asal naik kerapu jer... lupa nak mabuk. Haa..... sampai lupa nak mabuk....

Dalam ramai-ramai naik ikan kerapu, dia ni sorang jer yg berjaya menaikkan spesis lain "Ikan Sebelah". Tengok lah tu, sebelah gelap sebelah cerah. Ikan nie guna sun block sebelah jer kot, itu pasal lah sebelah jer cerah. Kih kih kih..... Terbaek....

Aktiviti di malam hari, IKAN BAKAR...... Memang terbaek lah, tuan rumah "Pak Ngah" dgn resepi yg tersendiri Peh!! sedap ooooo..... kena pulak ikan yg dibakar tu hasil kami memancing. Selain dari ikan bakar yg mengiurkan ni, ada jugak ikan masak merah. Di tambah lagi dgn sotong goreng tepung (baki umpan yg tak habis digunakan). Kenyang betul lah mlm tu... Terbaek Pak Ngah.

Akhir kata, syukur trip pembuka 2012 kami berjaya dan segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada tuan rumah disana "Pak Ngah & Mak Ngah" kerana menumpangkan kami utk bermalam. Makan pun banyak betul kat rumah dia, kalau seminggu duduk kat situ alamatnya sihat lah masing-masing. Anak pak ngah tak lupa jugak, dia pun ada jugak ikut memancing. Memang handal..... bukan takat mancing, lastik cicak pun hebat. terbaek!.

Trip seterusnya akan datang kami bertandang di Sungai Besar sekali lagi pada bulan Februari.
Nantikan 'post' seterusnya.

*****Untuk melihat lebih banyak foto
layari page facebook Redkail click here

Friday, October 7, 2011

Hangin Batul!


Ahad, 2 september 2011. Trip skali lagi memancing di lubuk kapal pecah sabak bernam tercapai. Tapi yg aku hangin nie, dah sampai port mancing jer pening aku sampai. Haduiiiiii..... penangan dia bukan kepalang, pensan jgk la kejap. Tgh lelap mata di sbbkan pening tu, tetiba bising pulak "aarrrggg ikan besar.....!!!" tokojut pak cik. Pemancing tegar (Lee) tgh bertarung dgn pari pertama dia. Dasyat jgk laa...... dia berjaya kejutkan aku yg tgh pening2 lalat tu. Sempat jgk amik video untuk dia.
Tekong bot masa nie pun belum dapat naik ikan yg bagus2. Saja... dia bagi 'chan' kat kita org yg gian memancing nie. Lepas pada tu, " Ha! sudah kena...." menjerit pulak tekong bot. Hasil pertama dapat naik senohong. Berturut-turut naik senohong, last skali naik jenahak sekor. Tapi sayang aku tak sempat nak amik gambar senohong tu, kepala aku masih pusing2 lagi. Haduiii..... kenapa dia terjadi pada aku!!! Sepanjang trip tu, aku hanya dapat layan gelama jer.... gelama pun gelama lah. Saiz gelama pun bukan calang2 tau. Dapat lepas gian yg dah lama tak turun memancing ni pun dah cukup.

Thursday, December 23, 2010

Senohong Penutup 2010

Akhirnya detik yang dinanti selama ini telah pun berhasil....
Penutup tahun 2010 di Kg. Sg. Pulai Sg. Besar Selangor menjadi
taruhan kami. Senohong, Bawal Teliga Gajah, Kerapu & Gelama.
Dapat jugaklah merasa tarikan dari senohong. Paling banyak
sekali Gelama lah, memang patut pun ikan ini di panggil
ikan 'glamor'. Asal umpan jatuh jer, belum sempat sampai
dasar dah kene sambar. Fuu....hhh!! BEST
Apa-apa pun trip kali ini BERJAYA........ Senohong 3 Rasa.

Tuesday, December 14, 2010

Panas Badan Sg. Pulai

Gelama pisang permulaan sebagai pemanas badan sebelum
hasil menaiki bot untuk memacing ke tengah laut di Sg. Pulai
pada hujung minggu ini.

Saturday, February 20, 2010

Kelong Kupang di Sg. Besar

Pada holiday CNY baru2 ini, kami mencuba nasib memancing di atas kelong kupang. Bayaran utk memancing di atas kelong ini hanya RM35.00 sahaja. Boleh dok kat situ 1 hari pun takpe. Itu pun kalu boleh tahan lah. Waktu tghari paling tak tahan skali, rasa mcm nak lari balik pun ada. Tempat perlindungan terhad, hanya ada 2 bilik yg di sediakan. Siapa yg tak dapat berteduh tu...alamat nyer menahan kepanasan terik mantari lah. Kemudahan seperti dapur, tandas turut di sediakan.
Keadaan laut pada hari kami memancing itu tak berapa elok kerana air laut pasang besar, dan apabila surut.....keliling kawasan kelong ini hanya tinggal lumpur semata2. Mana tak nyer, semasa kami sampai di kelong tu, adalah satu geng ni hanya dapat ikan sembilang sekor jer...tu pun kecik.
Harapan nak menaikkan pari agak tipis. Pagi tu pulak air laut sudah mula bergerak surut. Hanya anak ikan sahaja yang main2 dengan umpan. Tepat jam 12.00 tghari air sudah mula kering. Tempohnya jugak agak lama. Rakan2 yg lain mengambil keputusan untuk menunggang pari (tidor). Sehingga jam 3 ptg baru kami nampak air mula bergerak masuk...."cantik air nak pasang" Jam 5.00 ptg, air sudah pun pasang penuh sehingga jernih. Masa tu lah baru nampak kelibat anak2 ikan yg begitu banyak nyer. Anak ikan selar pun ada juga di kawasan itu "apa yang di tunggu lagi..apollo lah jadi pilih"
Tempat ni memang bagus untuk memancing ikan best2, paling banyak ikan pari yg cari kaki pancing yang singgah di situ. Apa2 pun faktor pasang surut air juga perlu di ambil kira.