Pada holiday CNY baru2 ini, kami mencuba nasib memancing di atas kelong kupang. Bayaran utk memancing di atas kelong ini hanya RM35.00 sahaja. Boleh dok kat situ 1 hari pun takpe. Itu pun kalu boleh tahan lah. Waktu tghari paling tak tahan skali, rasa mcm nak lari balik pun ada. Tempat perlindungan terhad, hanya ada 2 bilik yg di sediakan. Siapa yg tak dapat berteduh tu...alamat nyer menahan kepanasan terik mantari lah. Kemudahan seperti dapur, tandas turut di sediakan.
Keadaan laut pada hari kami memancing itu tak berapa elok kerana air laut pasang besar, dan apabila surut.....keliling kawasan kelong ini hanya tinggal lumpur semata2. Mana tak nyer, semasa kami sampai di kelong tu, adalah satu geng ni hanya dapat ikan sembilang sekor jer...tu pun kecik.
Harapan nak menaikkan pari agak tipis. Pagi tu pulak air laut sudah mula bergerak surut. Hanya anak ikan sahaja yang main2 dengan umpan. Tepat jam 12.00 tghari air sudah mula kering. Tempohnya jugak agak lama. Rakan2 yg lain mengambil keputusan untuk menunggang pari (tidor). Sehingga jam 3 ptg baru kami nampak air mula bergerak masuk...."cantik air nak pasang" Jam 5.00 ptg, air sudah pun pasang penuh sehingga jernih. Masa tu lah baru nampak kelibat anak2 ikan yg begitu banyak nyer. Anak ikan selar pun ada juga di kawasan itu "apa yang di tunggu lagi..apollo lah jadi pilih"
Tempat ni memang bagus untuk memancing ikan best2, paling banyak ikan pari yg cari kaki pancing yang singgah di situ. Apa2 pun faktor pasang surut air juga perlu di ambil kira.