Saturday, February 4, 2012

Monday, January 30, 2012

Lagi... Kuala Perlis Trip 2012

Pada 7 Jan 2012, trip ke Kuala Perlis menjadi lagi. Macam biasa lah kami memancing di persisiran Pulau Langkawi dan hasil yg kami selalu dapat ialah ikan KERAPU. Mmg banyak ikan kerapu disini, tetapi kerapu yg bersaiz XXXL belum pernah kami dapat. "Takda rezeki la tu..."

Haa..... seronok nampak bila dapat kerapu. Ini nama dia Amat, pertama kali turun memancing dilaut menaiki bot. Mula-mula risau jugak dia ni, takut mabuk..... nnt ada yg jadi sotong atas bot. Kui kui kui.....


Lagi..... kerapu naik lagi. Trip sebelum nie mimpi ngeri bagi dia, mana tidak nya... pergi duduk dekat injin bot, bau minyak bot yg menyelerakan tu dah membuatkan semua isi perut dia terkeluar. Orang lain memancing, dia je bagi ikan makan hehehehe..... Tapi trip 2012 nie dia berjaya lah. Tak mabuk skit pun, CERGAS memanjang. Asal nak mabuk jer... dapat naik kerapu, asal naik kerapu jer... lupa nak mabuk. Haa..... sampai lupa nak mabuk....

Dalam ramai-ramai naik ikan kerapu, dia ni sorang jer yg berjaya menaikkan spesis lain "Ikan Sebelah". Tengok lah tu, sebelah gelap sebelah cerah. Ikan nie guna sun block sebelah jer kot, itu pasal lah sebelah jer cerah. Kih kih kih..... Terbaek....

Aktiviti di malam hari, IKAN BAKAR...... Memang terbaek lah, tuan rumah "Pak Ngah" dgn resepi yg tersendiri Peh!! sedap ooooo..... kena pulak ikan yg dibakar tu hasil kami memancing. Selain dari ikan bakar yg mengiurkan ni, ada jugak ikan masak merah. Di tambah lagi dgn sotong goreng tepung (baki umpan yg tak habis digunakan). Kenyang betul lah mlm tu... Terbaek Pak Ngah.

Akhir kata, syukur trip pembuka 2012 kami berjaya dan segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada tuan rumah disana "Pak Ngah & Mak Ngah" kerana menumpangkan kami utk bermalam. Makan pun banyak betul kat rumah dia, kalau seminggu duduk kat situ alamatnya sihat lah masing-masing. Anak pak ngah tak lupa jugak, dia pun ada jugak ikut memancing. Memang handal..... bukan takat mancing, lastik cicak pun hebat. terbaek!.

Trip seterusnya akan datang kami bertandang di Sungai Besar sekali lagi pada bulan Februari.
Nantikan 'post' seterusnya.

*****Untuk melihat lebih banyak foto
layari page facebook Redkail click here